Tuesday, April 29, 2008

kesilapan bercinta

5 KESILAPAN BERCINTA
1. Bercinta kerana Harta tidak ada gunanya hidup dilimpahi dengan harta, tetapi tanpa cinta. Harta datang dan pergi setaip saat. Cinta yang sesat dapat diperolehi setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.
2. Bercinta kerana perasaan asmara Rasa tertarik dan simpati, yang merupakan asmara yang serong disalah ertikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan ujian. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.
3. Bercinta kerana rupa Kecantikan luaran memang indah, tapi boleh luntur termakan usia. oleh itu apa yang lebih penting adalah kecantikan dalaman seseorang kerana ianya tidak akan luntur selagi nyawa dikandung badan.
4. Bercinta kerana rasa kasihan. rasa kasihan memang baik dan harus ada dalam hidup kita. tapi tidak boleh menjadi sebagai dasar dalam percintaan. kasihan boleh hilangs eta merta, tetapi kasih tidak berkesudahan. percintaan adalah kasih, bukan kasihan.
5. Bercinta untuk kepuasan nafsu memang seks itu suci dan penting dalam hubungan suami isteri, namun tidak bolek menjadi tujuan utama mencari pasangan. Seks hanyalah salah satu bahagian daripada perkahwinan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptanya sendiri.

Sunday, April 13, 2008

UJIAN PERSONALITI

~ Ujian Personaliti ~
Kalau anda dilahirkan pada
· 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
· 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
· 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
· 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
· 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
· 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
· 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
· 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
· 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1----Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2----Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.



no.3----Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4----Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.




no.5----Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6----Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7----Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8----Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9----Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

RAHSIA PERSONALITI DIRI

Rahsia Personoliti Diri
Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.
a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:
1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri4. lebih banyak bercakap dari mendengar5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak
b) Personaliti Pendiam
1. lebih suka menyendiri2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain
c) Personaliti Perasa
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu6. kurang mempunyai firasat
d) Peramal
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut5. sering memberi jawapan berbentuk umum6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan8. suka menguji kebolehan orang lain
e) Personaliti pemikir
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang2. sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik3. yang penting dia mestilah benar setiap masa4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan
f) Personaliti sensitif
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dankesukaan orang lain2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

RAHSIA BIBIR SI KAUM HAWA

RAHSIA BIBIR SI KAUM HAWA

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya. Di sini dinyatakan misteri bibir untuk menambah pengetahuan saja, bukan untuk dipercayai.

Bibir segar dan kemerahan
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang.
Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.
Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya.
Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.
Bibir yang biru (pucat)
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya.
Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis
Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.
Bibir yang mungil
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.
Bibir yang tebal
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!
Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.


Nota: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%.




SEKIAN............

Friday, April 11, 2008

RAHSIA TULISAN ANDA

Rahsia Di Sebalik Tulisan

Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di'baca' itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

[Tulisan berubah-ubah] Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

[Kecondongan tulisan] Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

[Saiz tulisan] Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil - Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

[Bentuk tulisan] Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus - Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat - Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat - Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang. Bersambung - Pemikirannya berdasarkan logik.

Bercerai cerai - Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

[Jarak tulisan] Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

Tulisan rapat - Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

[Ruangan di tepi] Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu.

Sekiranya :Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil - Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

Ruang muka surat kanan kecil - Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat - Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

BLOG ROJAK AKU

BLOG TU UKAI JAKU IBAN AJA, TANG DICAMPUR KA AKU ENGGAU JAKU MELAYU ENGGAU JAKU RIBAI..