Sunday, April 13, 2008

RAHSIA PERSONALITI DIRI

Rahsia Personoliti Diri
Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.
a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:
1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri4. lebih banyak bercakap dari mendengar5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak
b) Personaliti Pendiam
1. lebih suka menyendiri2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain
c) Personaliti Perasa
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu6. kurang mempunyai firasat
d) Peramal
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut5. sering memberi jawapan berbentuk umum6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan8. suka menguji kebolehan orang lain
e) Personaliti pemikir
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang2. sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik3. yang penting dia mestilah benar setiap masa4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan
f) Personaliti sensitif
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dankesukaan orang lain2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home